tag:blogger.com,1999:blog-514155390281151880.post5910057404356186580..comments2021-07-13T17:55:19.328-07:00Comments on SK Bangkau-Bangkau Pitas: LATAR BELAKANG SEKOLAHUnknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-514155390281151880.post-11225031364487065912013-11-22T00:40:31.846-08:002013-11-22T00:40:31.846-08:00Pada 1990 Yayasan Sabah telah memilih Kg. Bangkau-...Pada 1990 Yayasan Sabah telah memilih Kg. Bangkau-Bangkau sebagai Pusat Pembangunan Insan itu pusat untuk melaksanakan program sosial Yayasan Sabah ketika itu yang diperkenalkan oleh Datuk Dr. Jeffery Kitingan, mantan Pengarah Yayasan Sabah era PBS.

Program Pembangunan Insan adalah program yang bertujuan mengurangkan kebergantungan rakyat khasnya rakyat di luar bandar kepada kerajaan dan membimbing rakyat supaya berdikari.

Seramai 3 orang Penggerak Pembangunan Insan telah ditempatkan di Kg. Bangkau-Bangkau berserta dengan seorang kerani dan seorang pemandu. Mereka tinggal di balairaya Kg Bangkau-Bangkau dan menjalankan semua perancangan aktiviti di sana. Pendek kata balairaya itu menjadi tempat tinggal dan pusat operasi.

Salah satu aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan pendidikan adalah kelas dewasa. Sepanjang ingatan saya, penduduk kampung yang telah mengikuti kelas dewasa ini ialah Ugging, Kuringgas, Puhin, Eliew, Taimin, Akam dan ramai lagi yang saya sudah lupa nama-nama mereka.

Kerjasama dan layanan penduduk kampung selama kami di sana amat luar biasa. Mereka menganggap kami sebagai sebahagian daripada mereka. Terima kasih penduduk Bangkau-Bangkau. Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/08501805665918427256noreply@blogger.com