Sambutan Harijadi Staf Episod 1

21 Mei 2013 - Sambutan harijadi staf SK Bangkau Bangkau telah diadakan. Guru-guru yang diraikan adalah mereka yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. Majlis berjalan dengan lancar walaupun agak lewat bermula. Kesemua staf bergembira dan mengambil peluang untuk merehatkan fikiran masing-masing daripada bebanan kerja seharian. Suasana semasa makan dihiburkan dengan selingan lagu, teka teki dan karaoke daripada artis sekolah yang tidak asing lagi..Rasanya anda semua boleh teka siapakah gerangan mereka-mereka itu..Chewah..Gambar kenangan sempat dirakam pada majlis tersebut dan di bawah merupakan antara gambar-gambar yang sempat saya ambil..Happy Birthday All!!



Pertandingan Tandas Ceria

Pada 20 hingga 23 Mei 2013, pertandingan tandas ceria telah dianjurkan oleh PPD Pitas dan semua sekolah kategori SKM diwajibkan menyertai pertandingan tersebut.Maka, bermulalah usaha padu kesemua guru SK Bangkau Bangkau, tidak mengenal penat lelah, bertungkus lumus menyiapkan mural pada dinding tandas sekolah. Tahniah Cikgu Nuarji, Cikgu Raynold, Cikgu Suraya dan Uztazah Rohani kerana memberi idea yang sangat menarik untuk mural tersebut. Kami cuma menumpang saja, tolong mana yang patut. Namun, berkat kerjasama semua, termasuklah pekerja pembersihan dan pekebun sekolah, tandas kita benar-benar berubah menjadi tandas paling ceria!Hooray!!



Sukan Tahunan Dan Kem Membaca 1 Malaysia





Pada 22 - 26 Oktober yang lepas, sukan tahunan telah diadakan di peringkat sekolah. Program ini berjalan selama seminggu dan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti senamrobik pada setiap pagi. Pada minggu yang sama juga, kem membaca 1 Malaysia turut dijalankan dan diadakan pada setiap hari. Kem memaca telah dibuat secara serentak di seluruh negara pada 24 Oktober 2012. Acara kemuncak bagi menentukan juara adalah perlawanan bola tampar yang telah diadakan pada hari terakhir.
Tukar Warna Latar