PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

SK. Bangkau Bangkau

Kami warga SKBB dengan penuh rasa tanggungjawab dan komitmen bertekad untuk memberi perkhidmatan dan pengurusan berkualiti kepada semua pelanggan kami berdasarkan kepada piagam berikut:


Murid-murid sebagai pelanggan utama.

  • Memastikan setiap orang murid mendapat kerusi, meja dan ditempatkan ke dalam kelas hari pertama semester pertama sekolah dibuka.

  • Memastikan murid-murid yang layak menerima SPBT termasuk anak guru mendapat bekalan SPBT pada hari pertama sekolah dibuka.

  • Memastikan urusan pendaftaran murid dapat dilakukan dalam masa 35 minit bagi setiap orang murid yang mendaftar.

  • Menguruskan permohonan dan perpindahan keluar murid dalam masa 1 hari.

  • Memastikan setiap orang murid yang layak mesti mendapat bantuan daripada kerajaan dalam tahun semasa seperti SBT dan KWAMP.

  • Memastikan setiap orang murid mendapat manfaat yang secukupnya daripada kegiatan kokurikulum, program-program kebajikan sepanjang masa persekolahan mereka.

  • Memastikan setiap orang murid mendapat pendidikan yang adil dan saksama daripada guru-guru yang cekap, berketrampilan dan prihatin.


Guru-guru dan kakitangan

  • Memastikan setiap orang guru dan kakitangan sekolah mendapat Buku Panduan Tugas kakitangan pada hari pertama persekolahan.

  • Memastikan setiap orang guru atau kakitangan sekolah mendapat penerangan yang jelas tentang takwim sekolah pada minggu pertama persekolahan.

  • Memastikan setiap orang guru mendapat Huraian Sukatan Pelajaran, buku rekod persediaan mengajar dan bahan rujukan pada hari minggu pertama persekolahan bermula.

  • Memastikan setiap orang guru mendapat salinan jadual waktu kelas, jadual waktu sendiri dan mengikutnya pada hari pertama sekolah dibuka.

  • Memastikan hak dan kebajikan setiap orang guru dan kakitangan sentiasa terjaga dari masa ke semasa.

  • Memastikan setiap orang guru dan kakitangan sekolah menikmati kemudahan yang sama sepanjang mereka berkhidmat di sekolah ini.


Ibubapa, masyarakat setempat & komuniti

  • Menerima kedatangan ibubapa dengan ceria pada hari pertama anak mereka melapor diri.

  • Melayan ibubapa/masyarakat setempat/komuniti dengan ceria dan berbudi bahasa dalam masa sekurang-kurangnya 10 minit mereka memerlukan bantuan.

  • Memastikan ibubapa/masyarakat setempat/komuniti dapat memupuk semangat setiakawan, muafakat dan kerjasama dengan guru-guru sepanjang masa.

  • Memastikan setiap ibubapa hadir pada setiap mesyuarat PIBG dan setiap kali aktiviti dan program yang melibatkan mereka.


PPD, JPNS/KPM


  • Melayan dengan mesra pegawai-pegawai dari PPD, JPNS/KPM yang datang melawat ke sekolah dalam jangka masa yang diperlukan oleh mereka.

  • Melayan dengan mesra pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan kerajaan atau swasta yang datang melawat atau melaksanakan program yang dikelolakan oleh pihak sekolah.

  • Memastikan surat menyurat atau arahan-arahan yang diterima diambil tindakan dengan segera dalam tempoh yang diperlukan.

  • Sentiasa bersedia menerima segala teguran, pandangan, cadangan dan syor yang membina dari semua pihak.

No comments:

Post a Comment

Tukar Warna Latar