Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Majlis Perpisahan & Sambutan Guru Baru

Pada 30.09.2010 yang lalu, warga SK. Bangkau Bangkau telah mengadakan satu majlis yang julung kalinya diadakan iaitu Majlis Perpisahan dan Sambutan Guru Baru serta digabungkan dengan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Majlis perpisahan itu adalah untuk mengucapkan selamat berpindah kepada cikgu Fadjilie yang telahpun berpindah ke daerah Ranau sejak Jun yang lalu dan juga kepada cikgu Normalati yang akan berpindah ke negeri Kedah tempat asal beliau pada bulan Oktober ini. En. Mattius Masalin, Guru Besar SK. Bangkau Bangkau dalam ucapan beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua guru tersebut di atas segala jerih payah, usaha dan perjuangan mereka sepanjang bertugas di sekolah ini. Sesungguhnya, kedua-dua guru ini adalah guru yang amat berdedikasi dan penuh komitmen terhadap tugas di sekolah ini. "Selamat jalan dan selamat bertugas di tempat baru". Inilah ungkapan akhir yang dapat diucapkan oleh beliau kerana sememangnya jika diturutkan kata hati, beliau tidak mahu kedua-dua guru ini berpindah. Dalam masa yang sama, Guru Besar tidak lupa untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada cikgu Hidayah dan cikgu Felicia yang baru melapor diri di sekolah ini. Kedatangan kedua-dua guru baru ini sedikit sebanyak telah mengubati kesedihan seluruh warga sekolah ini kerana yang pergi telah berganti.
SELAMAT JALAN BUAT CIKGU FADJILIE & CIKGU NORMALATI......
SELAMAT DATANG BUAT CIKGU HIDAYAH & CIKGU FELICIA

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA. Itulah laungan penuh bersemangat dari cikgu Justin dihadapan semua warga SKBB. Semua murid turut bersama melaungkan perkataan penuh keramat itu dengan bersemangat.

Alhamdulilah majlis sambutan kemerdekaan peringkat SKBB telah dapat dilaksanakan secara sederhana tetapi tetap meriah. Sejak awal pagi lagi semua murid sudah berkumpul di dalam dewan. Acara dimulai dengan pertandingan kuiz kemudian pertandingan melukis dan mewarna Jalur Gemilang dan diteruskan lagi dengan pertandingan lagu patriotik. Walaupun suara tidak semerdu buluh perindu tetapi para peserta penuh bersemangat menghayati setiap bait yang alunkan. Suara tidak penting baaaaa tapi semangat yang lebih utama.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para peserta (ini yang ditunggu-tunggu oleh murid).Terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan program ini. Diharap pada tahun hadapan dapat dilaksanakan dengan penuh meriah lagi.

OGOS Datang Lagi

-->
OGOS datang lagi. Bulan penuh semangat patriotik ini melanda seluruh rakyat Malaysia. Walaupun sibuk dengan ibadah puasa namun detik bersejarah yang diraikan setiap tahun ini tidak perlu dilupakan. Kenikmatan yang kita perolehi hari ini merupakan titik peluh di masa lalu. Lantaran itu, SKBB tidak ketinggalan turut meraikan sambutan kemerdekaan tahun 2010.
Hari ini (Isnin, 23 Ogos) sambutan kemerdekaan telah dilancarkan dengan pemasangan bendera disekeliling SKBB. Seterusnya akan diikuti dengan pelbagai program yang dijalankan melalui mata pelajaran yang diajar oleh semua guru setiap hari. Kemuncak sambutan kemerdekaan diraikan pada 30 Ogos 2010. Pada hari tersebut SKBB akan mengadakan majlis sambutan kemerdekaan dengan mengadakan pelbagai pertandingan berbentuk kemerdekaan antaranya pertandingan lukisan bendera Malaysia, pertandingan nyanyian lagu patriotik, kuiz kemerdekaan dan sebagainya. Diharap dengan acara yang dijalankan ini dapat menerapkan semangat patriotik semua warga SKBB.
1Malaysia Menjana Tranformasi


e-KASIH 2010


Terima kasih, terima kasih dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menganjurkan program kecemerlangan UPSR e-kasih peringkat daerah Pitas sesi 2010. Program yang berlangsung dari 5 Ogos hingga 7 Ogos di Hotel Likas Square Kota Kinabalu ini telah berjaya membuka minda dan pancaindera para pelajar SKBB.

SKBB telah diwakili oleh Abd Rahman, Abd Rahim, Azley dan Vilta serta diiringi oleh cikgu Normalati. Tidak lupa juga terima kasih kepada PK1 cikgu Mainor yang sudi menghantar dan mengambil kami.

Likas Square di tepi benua,
Pitas pula di tanduk berdiri,
Terima kasih untuk semua,

SKBB mengundur diri.

Tukar Warna Latar