LATAR BELAKANG SEKOLAH

SEJARAH/LATAR BELAKANG

SK. Bangkau Bangkau

SK. Bangkau Bangkau Pitas telah dibina pada tahun 1999 bertempat di Kg. Bangkau Bangkau Pitas dalam sebidang tanah berkeluasan 5 ekar yang didermakan oleh penduduk kampung tersebut iaitu En. Uging Bin Kuddieng, En. Shamsudin Bin Unui dan En. Awak Bin Kamsah. Terletak kira-kira 3.5 KM daripada PPD Pitas. Dibina dengan hanya satu blok bangunan yang dibahagikan kepada 1 ruang untuk bilik guru dan 3 ruang untuk bilik darjah. Di awal pembukaannya, sekolah ini beroperasi sebagai sekolah cawangan SK. Rosob Pitas disebabkan jumlah murid dan guru yang sedikit. Pada tahun 2000, sekolah ini telah mula beroperasi sendiri dengan jumlah murid berdaftar seramai 165 orang dan 6 orang guru. En. Abd Malek Bin Malanuh dilantik sebagai guru menjalankan tugas Guru Besar pada masa itu.

Selepas itu, SK. Bangkau Bangkau telah menyediakan 6 bilik darjah dengan membahagikan 2 daripada 3 ruang bilik darjah sedia ada untuk menjadi kepada 4 kelas untuk Tahun 6, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3. Manakala, kelas untuk Tahun 4 dan 5 disediakan dengan meminjam bangunan Balai Raya Kg. Bangkau Bangkau yang dibina bersebelahan dengan bangunan sekolah. Pada tahun 2001, En. Kessing Bin Gantar telah dilantik menjadi Guru Besar yang pertama di SK. Bangkau Bangkau yang diberi status Gred B. Sekolah ini terus beroperasi walaupun masih kekurangan guru.

Jumlah murid di sekolah ini berkurangan secara mendadak apabila SK. Pekan Pitas II dibuka pada tahun 2005 kerana ramai murid telah berpindah ke sekolah tersebut sehinggakan pada tahun 2006, jumlah murid di sekolah ini hanya tinggal 59 orang sahaja.Pada tahun 2008, En. Kessing Bin Gantar telah bersara dan digantikan oleh En. Mattius @ Alphonso Bin Masalin sebagai Guru Besar yang kedua. Seramai 10 orang guru dan 1 orang KTBM bertugas di SK. Bangkau Bangkau pada masa ini.

Disebabkan jumlah murid yang semakin sedikit iaitu hanya tinggal 49 orang murid dalam daftar pada tahun ini, akhirnya sekolah ini telah diturunkan status kepada Gred SKM B berkuatkuasa pada tahun 2010 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Kini, SK. Bangkau Bangkau tetap terus menyumbang khidmat sebagai sebuah organisasi pendidikan sekalipun dalam keadaan serba kekurangan dengan 1 Bilik Staf, 6 bilik darjah kecil, 1 kelas Pemulihan dan sebuah bangunan kecil untuk Pusat Sumber/ICT. SK. Bangkau Bangkau teruskan perjuangan menabur ilmu merentas zaman.

1 comment:

  1. Pada 1990 Yayasan Sabah telah memilih Kg. Bangkau-Bangkau sebagai Pusat Pembangunan Insan itu pusat untuk melaksanakan program sosial Yayasan Sabah ketika itu yang diperkenalkan oleh Datuk Dr. Jeffery Kitingan, mantan Pengarah Yayasan Sabah era PBS.

    Program Pembangunan Insan adalah program yang bertujuan mengurangkan kebergantungan rakyat khasnya rakyat di luar bandar kepada kerajaan dan membimbing rakyat supaya berdikari.

    Seramai 3 orang Penggerak Pembangunan Insan telah ditempatkan di Kg. Bangkau-Bangkau berserta dengan seorang kerani dan seorang pemandu. Mereka tinggal di balairaya Kg Bangkau-Bangkau dan menjalankan semua perancangan aktiviti di sana. Pendek kata balairaya itu menjadi tempat tinggal dan pusat operasi.

    Salah satu aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan pendidikan adalah kelas dewasa. Sepanjang ingatan saya, penduduk kampung yang telah mengikuti kelas dewasa ini ialah Ugging, Kuringgas, Puhin, Eliew, Taimin, Akam dan ramai lagi yang saya sudah lupa nama-nama mereka.

    Kerjasama dan layanan penduduk kampung selama kami di sana amat luar biasa. Mereka menganggap kami sebagai sebahagian daripada mereka. Terima kasih penduduk Bangkau-Bangkau.

    ReplyDelete

Tukar Warna Latar