Majlis Perpisahan & Sambutan Guru Baru

Pada 30.09.2010 yang lalu, warga SK. Bangkau Bangkau telah mengadakan satu majlis yang julung kalinya diadakan iaitu Majlis Perpisahan dan Sambutan Guru Baru serta digabungkan dengan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Majlis perpisahan itu adalah untuk mengucapkan selamat berpindah kepada cikgu Fadjilie yang telahpun berpindah ke daerah Ranau sejak Jun yang lalu dan juga kepada cikgu Normalati yang akan berpindah ke negeri Kedah tempat asal beliau pada bulan Oktober ini. En. Mattius Masalin, Guru Besar SK. Bangkau Bangkau dalam ucapan beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua-dua guru tersebut di atas segala jerih payah, usaha dan perjuangan mereka sepanjang bertugas di sekolah ini. Sesungguhnya, kedua-dua guru ini adalah guru yang amat berdedikasi dan penuh komitmen terhadap tugas di sekolah ini. "Selamat jalan dan selamat bertugas di tempat baru". Inilah ungkapan akhir yang dapat diucapkan oleh beliau kerana sememangnya jika diturutkan kata hati, beliau tidak mahu kedua-dua guru ini berpindah. Dalam masa yang sama, Guru Besar tidak lupa untuk mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada cikgu Hidayah dan cikgu Felicia yang baru melapor diri di sekolah ini. Kedatangan kedua-dua guru baru ini sedikit sebanyak telah mengubati kesedihan seluruh warga sekolah ini kerana yang pergi telah berganti.
SELAMAT JALAN BUAT CIKGU FADJILIE & CIKGU NORMALATI......
SELAMAT DATANG BUAT CIKGU HIDAYAH & CIKGU FELICIA

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Mengatur majlis perpisahan adalah idea yang baik untuk sekolah authority.New guru menyertai di tempat guru dipindahkan boleh membuang kesedihan dan seorang guru baru boleh membawa beberapa perubahan kaedah pengajaran di sekolah.

    "Malaysian Holiday"

    ReplyDelete

Tukar Warna Latar