Program Sekolah Sihat, Lestari Dan Menarik


Kami warga SK. Bangkau Bangkau Pitas, mengucapkan jutaan terima kasih kepada kumpulan pelajar Sarjana Pendidikan (Kurikulum & Pengajaran) di atas kejayaan melaksanakan Program Sekolah Sihat, Lestari Dan Menarik yang diadakan di SK. Bangkau Bangkau baru-baru ini. Kem yang padat dengan aktiviti ini adalah anjuran bersama sekolah ini dengan pelajar UMS dan disertai oleh beberapa buah sekolah lagi seperti SK. Pekan Pitas, SK. Pekan Pitas II, SK. Rosob dan SRK. Tinangol Kudat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah motivasi, ceramah kesihatan, ceramah kerjaya, pemeriksaan kesihatan dan derma darah, riadah dan sebagainya. Meskipun dalam keadaan sekolah yang serba kekurangan namun program ini dapat dijalankan dengan jayanya hasil daripada kerjasama semua pihak. Kehadiran masyarakat setempat juga adalah menggalakkan sehingga ruang yang disediakan tidak mencukupi. Kami warga SK. Bangkau Bangkau juga ingin berterima kasih di atas sumbangan kepakaran dalam bidang ICT sehingga terhasilnya laman web sekolah ini sekaligus menyediakan sebuah pangkalan maya interaktif kepada kami dan masyarakat di sini yang di sebut 'One Stop' oleh kumpulan pelajar UMS ini. Kami amat menghargai segala sumbangan ini dan mengalu-alukan sebarang program dan aktiviti dijalankan di sekolah ini oleh UMS dan pihak-pihak lain yang berminat. Terima kasih juga kepada PPD Pitas atas sumbangan dan kerjasama. Juga kepada semua pihak yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

Tukar Warna Latar