Menuju Puncak Jaya 2010

Program Kecemerlangan Akademik UPSR Menuju Puncak Jaya telah diadakan di SMK Pinggan Pinggan Pitas. SK Bangkau Bangkau turut tidak ketinggalan menyertai program ini. Walaupun pada 15 Mei 2010 merupakan hari kemuncak Pesta Bengkoka namun, bagi adik Nur Amalina Amran, adik Azley Jemin dan adik Abd Rahim Jewa pelajaran tetap diutamakan. Begitu juga bagi cikgu Melati "anak murid didahulukan, Pesta Bengkoka dikemudiankan".
Program yang dianjurkan oleh PeWaniS, Jabatan Pelajaran Sabah dan PETRONAS ini telah mengumpulkan hampir 100 orang murid tahun 6 yang mewakili sekolah masing-masing dari seluruh sekolah rendah daerah Pitas.
Program ini melibatkan tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Melalui program seperti ini diharap dapat meningkatkan lagi tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran tersebut. Tahniah dan jutaan terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Tukar Warna Latar