Pertandingan Tandas Ceria

Pada 20 hingga 23 Mei 2013, pertandingan tandas ceria telah dianjurkan oleh PPD Pitas dan semua sekolah kategori SKM diwajibkan menyertai pertandingan tersebut.Maka, bermulalah usaha padu kesemua guru SK Bangkau Bangkau, tidak mengenal penat lelah, bertungkus lumus menyiapkan mural pada dinding tandas sekolah. Tahniah Cikgu Nuarji, Cikgu Raynold, Cikgu Suraya dan Uztazah Rohani kerana memberi idea yang sangat menarik untuk mural tersebut. Kami cuma menumpang saja, tolong mana yang patut. Namun, berkat kerjasama semua, termasuklah pekerja pembersihan dan pekebun sekolah, tandas kita benar-benar berubah menjadi tandas paling ceria!Hooray!!



1 comment:

Tukar Warna Latar